Wednesday, March 21, 2012

Tandas Duduk VS Tandas Cangkung

Assalamualaikum .

Tajuk tak senonoh ? kisah pulak aku . pfft !
yang penting , hari hari kau mengadap salah satu benda tu KAN ?! *emo*

ehsan Google Images :)


baiklah , aku terpanggil (wah gitu) untuk buat entri ni masa aku tengah belek belek gambar classmates aku masa foundation dulu . ada seorang budak perempuan ni , dia masuk masuk kelas je tibe tanya aku :


"nep , tandas duduk ke cangkung ?"

"cangkung"


lepas je aku jawab , dia tanya orang lain pulak . nak kata kos kami buat research ke hape ke memang tak lah . punya la semangat dia tanya satu kelas benda yang sama . nak je aku ketuk . takde keje ke apa minah ni -..-

okay sebenarnya , kawan aku tu tengah carik geng yang sama bila berak guna tandas cangkung . faham ? so maknanya dia tak puas hati kalau orang cakap berak guna tandas duduk lagi selesa . faham ? 
everytime orang jawab TANDAS DUDUK , dia akan tanya sebab musabab . selagi dia mampu bangkang , dia akan bangkang . bukan ke takde keje namanya tu >.<

dia pergi canang satu kelas tanya soalan yang sama . aku rasa satu community tesl tu dia tanya , tandas duduk ke tandas cangkung . ada sorang classmate aku , dia jawab tandas duduk . maka , debat parlimen pun bermula .


"ehh , tandas duduk tak best dowh .. tak selesa ."

"tandas duduk lah best ngok ! boleh baca magazine ke apa ke "

"susah nak cebok ahh guna tandas duduk tu ."

"ada je air yang boleh pancut dari jamban tu . "

"ahh ! tak best ! tandas duduk tak terbukak luas !"

"apa yang tak terbukak luas weh ?" :O

"lubang bontot kau"

PFFT !


*****************


ada benarnya apa yang dia cakap tu -..- dah kau tak payah nak cover . kau setuju kan ? ngaku cepat !

jadi selepas 2 tahun berlalu , masa aku stay rumah sewa dengan member aku sume , aku dengan roommates berbincang perihal tandas rumah kami iaitu tandas duduk . Ya , kami berbual mengenai jamban . ada masalah ?          ( ^ 3 ^)

aku tanya dia :


"beb , kau selesa tandas duduk?"

"TAKKK ! TAK PUASS !"

"kannnn . aku pun sama weh . tiap kali berak rasa macam 70% je keluar ."

"haah haah . sama lah . aku tiap kali nak duduk kat tandas duduk tu , aku kembangkan dulu bontot aku bagi terbukak luas , baru aku duduk"

" ........... ?? "


***************************


lepas je dia kata camtu , satu taman tu dengar aku gelak .




3 comments:

Izz Faizah said...

hahaha...entri ni lawak~
sye lg prefer tndas cgkung..
rse mcm byk kuman je kalo duduk kat tndas duduk..heee

Adylia Qarissa said...

hahahaaaaa... kalo dah sakit perot tahap gaban tak kira la cangkung ke duduk, pasti masuk jugak..

Clumsy Boy said...

Aku sama je dua-dua tandas. Kat hostel tandas cangkung, kat rumah tandas duduk.. haha.. tandas duduk boleh online ngn hp tak perlu risau masuk dalam mangkuk tndas. haha..