Monday, March 19, 2012

Tak Masal -..-"

Assalamualaikum.

Rindu ai ? >.< ai tahuuuu .
Okay aku mempunyai wawasan untuk tulis satu hari satu entri , tapi sampai sekarang wawasan tu tak tercapai . sebab apa ? perkara biasa , takde bende nak tulis .

okay hari ni aku nak tulis pasal benda yang jadi masa aku kat sekolah menengah dulu . semuanya gara gara cikgu bahasa melayu aku yang begitu mementingkan pengunaan bahasa melayu yang betul tanpa menitikberatkan soal pendidikan seni ataupun sesuatu yang kreatif . faham ? kalau tak faham baca lagi sekali .

okay masa dolu dolu zaman sekolah , asal tulisan cantik je mesti diamanahkan untuk buat jadual waktu la , jadual bertugas la , hitu la , hini la . pokoknya semua ! tu dia bahasa sastera dah keluar . gara gara cikgu BM aku lah ni . grrr .
so nak dijadikan cerita , sejak sekolah rendah , aku dianugerahkan tulisan yang ehem .. malu la nak cakap .. ermm ..ermm ..tulisan yang .. ermm ermm .. *mintak penampo*
disebabkan aku dianugerahkan tulisan yang malu-nak-cakap , jadi aku pun selalu jadik mangsa .

tulisan ai >.<


awal awal musim persekolahan :


"ok cikgu dah beli kad manila , marker semua ni . siapa nak buat duty roster , time table , bla bla bla ..."



kelas jadik sunyi kejap . tapi dalam kelas wajib ada sorang budak kepoh dan bila budak kepoh tu dah bersuara , alamatnya pengetua pun boleh sujud kat kaki dia .
memang durjana lebih lebih lagi budak kepoh tu member baik aku .


"anefffffff cikguuuu !!! "


jilake . aku benci dia . bukan sahaja duty roster . treasurer , ketua kelas , secretary , pengerusi kelab , ketua pengawas , semua dia aje yang bersuara tapi jerit nama orang lain . tak ke jilake tu ?


"okay aneff . by next week siap ya ? pertandingan kelas tercantik dah mula next week ."


"baik cikgu" -..-"


main orderrrrr aje . nasib dia cikgu aku . grrr .

aku cukup tak berkenan bila aku buat kerja orang pandang , so bila kau dah diamanahkan untuk buat benda benda semua tu , dan bila kau stay asrama , secara tak langsung bila kau bukak saja gulungan kertas manila tu , ada laa hadek hadek kepoci yang kerumun .


"eh abang aneff nak buat apa ni ?"


"eh tulisan abang aneff mesti lawa kan ?"


"abang aneff mesti pandai seni ni  "


dan selagi aku tak mula beraksi kreatif , selagi tu dia melangok kat situ . nasib baik aku senior yang baik , kalau tak dah lama aku humban masing masing luar koridor . sama lorat ! nak tgk sangat nanti pergi kelas aku tengok .


*****************

pagi Isnin , masuk kelas .


"wahh lawanyee . pandai kau buat aneff . cantik dowh ."


"caya ah nep"


"bla bla bla"



first period , cikgu BM aku masuk . greeting , baca doa , segala bagai . dia pandang duty roster ngan time table yang tak lebih 24 jam berstapler situ .

"ni apa tulisan kecik besar kecik besar ni ? dah tak tahu menulis ke ? saya taknak tengok lagi esok , sakit mata saya . tukar balik . nanti saya gtau cikgu kelas awak suruh awak tukar . siapa buat ni ?"


"aneffffffff cikguuuu !!!"


dafuq punya classmates .



Motto pasaraya Mydin .
kepada cikgu Rozizah Md Dom , mohon pegi sound Mydin skarang . 


p/s - hehe .. entri sekadar gurauan - menggamit memori . Tsk ! T_T



11 comments:

cik najihah said...

cntik gilos tulisan die..kalah i nyah haha

man yusoef said...

cantiknya nok tulisan kau!!! ada seni nih...

Clumsy Boy said...

Cikgu tu tak paham seni langsung... bukannya kita tulis kat paper exam dia pon.. rilex2 sudah...

Clumsy Boy said...

Header meriah dan smart.... :)

DanieL AdiE said...

hahahahaha..SERIOUS KELAKAR!!!

aneff.marhfiz said...

@cik najihah anugerah nyah ! HAHA :P

aneff.marhfiz said...

@man yusoef tulisan kau ada cantik gini bangman ? HAHA ;p gegurauu

aneff.marhfiz said...

@man yusoef tulisan kau ada cantik gini bangman ? HAHA ;p gegurauu

aneff.marhfiz said...

@Clumsy Boy kannnn . tak masal kene buat balik . pfft -..-

aneff.marhfiz said...

@DanieL AdiE Haha kenangan kat sekolah dulu adie :)

my name is ivana said...

Salam..Blog-walking and found what i want! hehe not about the hand-writing but the contents of project proposal..hehhe thanx!!

**anyway..tulisan tu memang lawa ;')