Friday, March 16, 2012

jangan salah faham !

Assalamualaikum .

aku bosan . jadi aku nak post benda ni supaya generasi akan datang tak salah faham , tahu ? kadang kadang tahu sebut saja , tapi tak tahu apa benda tu .
masa aku nak buat post ni nauzubillah guling-guling aku gelak . sebab apa ? kelakar ! HAHAHA ahaha k -_-

okay yang pertama . pernah dengar HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI ? pernah kannn . siapa tak pernah dengar mohon masuk hutan . pergi menyumpit . ok takde kaitan .
pepatah yang sebenarnya ialah HARAPKAN PEGAR , PEGAR MAKAN PADI . tahu pegar ? kau jangan nak tipu lah . aku tahu kau pun tak tahu . pegar ni dia boleh bela tahu ? haa suspen tak suspen tak ? mesti kau ingat pegar tu toyol kan ? -..-


 tadaaa ~ ni lah PAGAR yang tak boleh harap tu . aku snap semalam kat padang taman aku . fine tipu tak beragak . oh baideway , nama dia siti Pegar ya bukan Pagar .


baiklah , yang kedua pula . MELEPASKAN BATOK DI TANGGA . mesti selama ni kau ingat batok yang ada kahak sekali tu kan ? oh chidak ( bacaan T yang gedik itu ) .. chidak sama sekali .. chidak .. BATOK itu adalah macam gayung kayu yang orang dolu dolu buat basuh kaki . tahu ?

tadaaa ~ inilah BATOK tu . letak la nama canggih sikit . wooden water dipper ke ?  -___-


yang ketiga pula ialah binatang yang bernama siti BELANGKAS . tahu ? biasa dengar tak orang cakap , asyik berkepit aje macam belangkas ? aku pun tak tahu apa kaitan tapi itu je perumpamaan yang aku tahu -.-
BELANGKAS ni sejenis binatang kat laut yang bentuk dia menyerupai perisai Masked Rider . serius . itulah first impression aku bila tengok rupa belangkas .

baik kau cakap . kau setuju ke tak bentuk dia macam perisai Masked Rider ? kan kan ? canggih gak eh binatang ni . nama je kampung tapi pehhh boleh jadik perisai ! >.<


yang terakhir sekaliiiiii memperkenalkann , PONGKES ! dulu kau sekolah aku bebudak selalu cakap , 'weyy perangai macam pongkes lah budak tu !' . aku tanya kawan aku PONGKES tu ape benda . dia kata yang kaut kaut rumput tu , tahu ?

so perangai macam PONGKES tu maksudnya perangai macam pengaut rumput ? :| first time aku dengar word PONGKES ni aku ketawa macam nak gila . cuba sebut , PONG-KES . pong-kes . tak kelakar ke ? HAHAHA ahaha k -.-


p/s - mak aku kata belangkas sedap buat masak lemak :O mak aku ni biar betul . banyak kegunaan eh binatang tu . boleh makan , boleh buat perisai . fuhh canggih canggih .



11 comments:

FaiZaH Fyn said...

tengok belangkas tu teringat UFO dalam cerita Senario tu..

Clumsy Boy said...

Thanks Aneff... Ilmu baru untuk gua... pegar dan batok..

Ikhmal Yusoff said...

batok? ok ape nama tu..haha

Munirah Shamsudin said...

yang pongkes dengan dengan batok tu dah lama tahu. pegar tu tak tahu pulak, pernah tengok gambar je nama tak tahu langsung. classmates eden ada yg tak tahu lagi belangkas tu apa.

Clumsy Boy said...

Thanks Aneff puji header gua.. haha.. bebiasa je bro. takleh lawan header ko..

Clumsy Boy said...

Bro, update blog plis or vlog. haha.. gua boring terok ni..

aneff.marhfiz said...

@FaiZaH Fyn kannn ! rasanya belangkas ni ada spesies alien lah :|

aneff.marhfiz said...

@Clumsy Boy sama sama :)

aneff.marhfiz said...

@Clumsy Boy sama sama :)

aneff.marhfiz said...

@Ikhmal Yusoff tu lahh . tak femes langsong ! HAHA :p

aneff.marhfiz said...

@Munirah Shamsudin sy pun baru tahu haritu . kira mcm jahil jugaklah dah besar gini baru tahu perumpamaan sebenar -..-