Friday, March 30, 2012

mari melukis sesuatu ..!

Assalamualaikum .

apa yang sesuatu ? :O mari belajar melukis mari .

CARA CARA - SCROLL DENGAN KADAR PERLAHAN .

 buat bentuk seperti di atas . pastikan sama saiz ya . jangan bengkak sebelah pulak -__-


 sesudah itu , kita serlahkan gambar tadi dengan ermm ermm dua bulatan hitam kecil . mungkin bujur ? 


 next , lukiskan lengkungan di bawah benda bulat dua itu ya . lebih langsing lebih seksi .


 jangan buruk sangka -..- setelah itu , kita lukis taringnya pula . ala ala taring edward cullen gitchu .


 untuk lebih dramatik dan MILF , buatkan sedikit kebulu-buluan di bahagian bujur berwarna hitam itu .


 lukis mata dan cantikkan apa yang patut . 


tadaaaaa ~
rawr ! rawr ! maka terjadilah kepala singa berbulu (^ 3^)


a/n - ini entri orang takde kerja . 



Wednesday, March 28, 2012

Uncle JPJ [part 2]

Assalamualaikum .

Ok , untuk ujian JPJ kali kedua ni , dialog antara uncle JPJ ngan aku tak banyak . sikit je -__-


"Assalamualaikum Tuan " aku serahkan dokumen , lesen L segala jadah tu kat dia .


"Waalaikummussalam . Encik Aneff ?"


"Ya saya ."


"Ujian kedua ya? "


"Ya ! Ya ! Kali kedua ! huh !" saja je guna tanda seru padehal aku jawab selo je masa tu (^ 3^)


"Boleh mula "




*************




untuk pengetahuan sayang sayang sekalian , simpang yang saya lukis di bawah adalah betul betul selepas keluar dari sekolah memandu saya . 



 kalau terus jalan A , selekoh kiri jalan B . kali ni , aku kena jalan B .


 tadaa ! tu aku kaler oren tu .


 fuh fuh konfiden pusing stereng , padehal tiada siapa yang tahu jiwa asmara aku tengah bergelora .


 menten menten . time tu jugak laa lampu trafik belah sana nak hijau kan ? -___-


 masa ni uncle JPJ dah cuak . dia kata dalam hati , cemana budak ni nak cross ni , cemana ni .


 aku pulak tak nyempat nak cross . dan dan tu jugak ! anep.. anep -.-"


 nampak apa yang aku cuba lakukan ?


 oh jangan tiru aksi ini !!



"eh eh kan ada kereta tu !" herdik Uncle JPJ


aku diam . cuba untuk cross jalan lagi dengan berhati hati (lah sangat) .


"dah dah . berhenti tepi !"


"baiklahhhhhhhh -____- "


zup zap zup zap ntah apa dia conteng kat kertas ujian aku tu .



eh kita dah ada kat sebelah hospital lah ! uncle JPJ U-Turn nak hantar kita balik sekolah memandu . Tsk !


a/n - gagal kali kedua . teruknya aneff ! uncle JPJ tulis nota kat kertas ujian aku "memandu secara merbahaya" huwaaaaaa T____T

a/n 2 - memula drive , aku memang sangat tidak mahir untuk cross . 



Monday, March 26, 2012

Uncle JPJ [part 1]

Assalamualaikum .

Au cak ! >.<
ok hari ini aku nak cerita pasal peristiwa yang terjadi kira kira 4 tahun lepas . ke 3 ? gasaklah . peristiwa di mana aku mengambil ujian memandu JPJ . kenapa Part 1 ? sebab aku fail ! jadi , sila nantikan Part 2 ya .

perhatian ya . fail ujian JPJ tidak bermakna tidak mahir membawa kereta ya ! kadang-kadang sebab terlalu mahir lah kita boleh fail -..-

ok nak dijadikan cerita , aku sangat gumbira dan excited untuk menduduki ujian JPJ . sebab apa ? sebab aku dah bebas dari cengkaman pakcik yang ajar aku drive tu . dah la garang . masa kelas memandu dia bawa rotan tahu ! grr . tak cukup dengan rotan , habis peha aku lebam biru , ungu sebab kena cubit !

namun begitu , perasaan gumbira itu tak bertahan lama T_T mari kita mulakan penceritaan .

*****************

ujian yang parking , 3 penjuru semua tu aku mampu laksanakan dengan cemerlang dan berhati waja . mungkin sebab aku keseorangan masa buat semua tu , jadi boleh fokus . ke korang punya ujian mak ayah ada sekali duduk dalam kereta ? -____-

yang dinanti-nantikan telah tiba . nama aku dipanggil untuk menjalani ujian JPJ yang kat jalan raya tu . kalau lah korang boleh dengar masa ni hati aku tak habis habis mohon supaya uncle JPJ tu suruh lalu jalan A . Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A Jalan A .....


"Assalamualaikum Tuan " aku serahkan dokumen , lesen L segala jadah tu kat dia .


"Waalaikummussalam . Encik Aneff ?"


"Ya saya ."


"Boleh mula "

maka bermulalah . asas sume tu aku nampak dia tick . hati dah berbunga gumbira . jati diri dan semangat waja untuk mendapatkan lesen P semakin membuak membuak . tapi , tiba tiba ...


"Awak tak baca dalam buku ke berapa jarak antara tayar kereta dengan garisan putih sebelum lintas jalan ?"


"Ah sudahhhh -_______- "



semangat turun 3 peratus . takpe , menten cool .


"Lalu jalan A ke B Tuan ?" please Jalan A please Jalan A please Jalan A please Jalan A Please Jalan A pleaseeeeee T_T




semangat kian membara bila Tuan JPJ mengungkap kata-kata manis .



"Ikut awak lah "

---------------> perjalanan lancar . begitu cemerlang .

okay lepas traffic light yang ini , selekoh , dan akan kembali ke sekolah memandu ku . akan tetapi , langit tidak selalu cerah . aku akan melalui traffic light yang lampu hijau dia tak berkelip bila nak bertukar ke kuning . faham ? pernah jumpa traffic light gitu ? ya . aku dikhianati oleh traffic light itu T_________T








nampak apa yang terjadi ? ke nak aku explain juga ? -..-
YA ! AKU DIKHIANATI LAMPU ISYARAT TERSEBUT ! masa aku dah sampai lah dia nak kuning kan ? Tsk !


"eh eh selamba je awak langgar lampu kuning tu ?"


"haa lampu hijau tu tak berkelip "


"awak boleh terima nasihat tak ni? "


"boleh Tuan "


"bagus . nanti lepas selekoh depan tu awak berhenti tepi jalan ."

********************

1)  lepas selekoh depan tu sekolah memandu aku  T_T
2)  lepas selekoh depan tu aku hampir menyelesaikan ujian JPJ aku  T__T
3)  lepas selekoh tu jugak , aku kene berhenti sebab nak tukar seat  T_____T

Nantikan Part 2 ! >.<



Friday, March 23, 2012

aku pun nak cerita !

Assalamualaikum .

sana sini orang cerita pasal SPM , aku pun sama lorat nak cite >.<

sesudah habis darjah 6 , aku dapat 3 offer sekolah yang berlainan yakni sekolah asrama agama , sekolah tinggi melaka dan sekolah asrama biasa . aku pilih sekolah biasa sebab abang aku senior kat situ . pfft ! dengan harapan ada back-up kalau kena buli . tapi harapan tinggal harapan , dorm aku pun dia tak pernah jejak ! -____-

malam first stay asrama locker dah kene bongkar dan dibuli oleh member abang sendiri . jilake .
ai iz menyesal .

menyesal tak menyesal , sampai tingkatan 5 aku stay sekolah sama -..-
itu apa namanya anak anak ? yes . terpengaruh dengan abang sendiri . salah sendiri pastu nak salahkan abang dia pulak . grr


aku menjadi warga sekolah itu tanpa sekali pun mengharumkan nama sekolah . HAHA ! oh ada ! kalah tournament volleyball dan pertandingan scrabble . kira harum jugak kan ? tapi menggunakan wangian yang berbeza . kira wangi dia tu kurang menusuk lah . tapi betullah , apa jua yang aku sertai , tak pernah johan . biasalah adat pertandingan ada kalah ada menang .

*dah kalah dan dan kata adat kan ? cuba johan . sampai kiamat lah usung piala johan tu ke hulu ke hilir -__-

pasukan nasyid sekolah -..-
permintaan gpk HEM untuk kitaorg last minute participate dalam pertandingan nasyid . ni pun nk dekat cuti sekolah , so paham2 lah . *alasan*


so back to the topic !
pagi 13 Mac 209 , keputusan SPM 2008 akan diumumkan ( asal boleh ) .
aku pergi bersama member kelas aku . mak ayah ai tak dapat teman T_T so pergi lah dengan mak ayah orang lain . nak naik bas , pukul 7 kau tunggu bas , tengahari baru sampai sekolah . jauh tahu ? kalau naik kereta setengah jam je . nampak tak pemainan dia kat situ ? lalala ~

bila sampai sekolah , memasing sama lorat dengan handphone lah , bawak kereta sendiri lah . wei , aku naik van jiran tau ! kau hado ? sibuk nak menayang harta memasing . ok emo tak masal .

jadi , dah sampai sekolah , dah kiss sana kiss sini , hug sana hug sini , menuju ke kantin sekolah . ya ! aku mengaku sekolah aku takde dewan ! kalau nak ada dewan , kene bukak pendinding antara kelas tu , maka terciptalah sebuah dewan yang panjang . HA-HA-HA ha-ha  k . 
sekolah kau ada dewan gitu ? tahu lah sekolah kau mahal , PIBG bagi dana buat dewan . sekolah aku dewan takde , padang sekolah takde . padang pun pinjam padang sekolah jiran tahu ? Tsk ! 
kenapa aku baru sedar betapa daifnya sekolah aku ? -___-

setiba di kantin , aku dah dengar macam macam .

"weh anak cikgu Bio yang bedepot tu , dak Ros dapat 10A weh !"

"eh yeke ? aku tengok dia memang rajin study ngan member2 dia sume tu "

"tapi masa PMR dia dapat 2A je kot "

-.-"


***************************


" weh weh dak Ali punya kimia dapat E8 weh !"

"eh kau biar betul Mat ?"

"iyeee . kan dia memang tak suka kimia "

"yo yo je kau ni lah Mat ."

"kau tak ingat yang dia pernah maki cikgu praktikal cina ajar kimia tu ?"

"E8 eh ? padanlah -..-"


************************


malas aku nak dengar itu ini , kakiku deras menuju ke kantin sekolah di mana aku pernah menyumbang hasil kerja tanganku di dinding kantin . ya ! piramid makanan itu aku yang kaler ! AKU ! HAHA ! k .


"Assalamualaikum cikgu Suraya . cikgu sihat cikgu ?"

"Waalaikummussalam . Haaa , Aneff . datang pun . cikgu sihat alhamdulillah . Nah , carik nama kamu dalam sijil semua ni ."

"Sijil apa ni cikgu ?"

"Semua sijil kamu masa form 4 , form 5 . sijil kerja kursus semua . Dah kumpul semua baru saya bagi slip keputusan kamu "

.............


"Dah cikgu "

"Okay dah . Hmm keputusan kamu okay , tapi sayangnya A kamu takde yang A1 . semua A2"

*dalam hati dah menangis , tapi KU TAHAN JEBAT !

"Hmmmm...?"

"Nah "


lepas tu aku nampak ada sorang budak kelas Sains II ngendeng-ngendeng kat aku . sama lorat ! 


"berapa kau dapat Ain ?"

"dapat 3A je nep . kau ?"

"aku boleh laaa . cukup bagi anak bini makan . Alhamdulillah "


dari jauh aku nampak cikgu Teoh , cikgu LK aku . dia bila mengamuk dalam kelas sebab budak tak fokus , dia mesti keluarkan pepatah cina dia .

"saya mengajar di depan ni macam bermain piano di depan lembu tahu ?"


2 disember 2008 , tarikh akhir exam SPM kami :')
yang pakai vest depan sekali ni , ketua pengawas . sebelah kiri aku , ketua asrama . yang muka dia 3 suku je nampak tu , kapten bola sepak sekolah . so , dah nampak tak kelas apa yang bermaharajalela kat sekolah aku ? mihmihmih


so bila aku nampak dia cikgu LK aku tu , aku pergi kat dia .


"Madam . Thank you for everything ya "

"Haa anep macam mana LK kamu ? " (slang cino)


aku senyum kambing sajo . malu >.<


***********************


jadi , bila dah dapat keputusan , dah lega . mula lah sembang dengan kawan2 . keputusan SPM tak cemerlang sangat , tak mengecewakan sangat . alhamdulillah , apa yang aku jawab , itulah yang aku dapat .


barisan exco asrama masa jamuan Hari Raya :)



jamuan asrama kat mana ntah sampai kene pakai ceni -..-


p/s - siapa yang baca entri aku yang lepas lepas lepas lepas , tahu mcm mana keputusan aku >.<






Wednesday, March 21, 2012

Tandas Duduk VS Tandas Cangkung

Assalamualaikum .

Tajuk tak senonoh ? kisah pulak aku . pfft !
yang penting , hari hari kau mengadap salah satu benda tu KAN ?! *emo*

ehsan Google Images :)


baiklah , aku terpanggil (wah gitu) untuk buat entri ni masa aku tengah belek belek gambar classmates aku masa foundation dulu . ada seorang budak perempuan ni , dia masuk masuk kelas je tibe tanya aku :


"nep , tandas duduk ke cangkung ?"

"cangkung"


lepas je aku jawab , dia tanya orang lain pulak . nak kata kos kami buat research ke hape ke memang tak lah . punya la semangat dia tanya satu kelas benda yang sama . nak je aku ketuk . takde keje ke apa minah ni -..-

okay sebenarnya , kawan aku tu tengah carik geng yang sama bila berak guna tandas cangkung . faham ? so maknanya dia tak puas hati kalau orang cakap berak guna tandas duduk lagi selesa . faham ? 
everytime orang jawab TANDAS DUDUK , dia akan tanya sebab musabab . selagi dia mampu bangkang , dia akan bangkang . bukan ke takde keje namanya tu >.<

dia pergi canang satu kelas tanya soalan yang sama . aku rasa satu community tesl tu dia tanya , tandas duduk ke tandas cangkung . ada sorang classmate aku , dia jawab tandas duduk . maka , debat parlimen pun bermula .


"ehh , tandas duduk tak best dowh .. tak selesa ."

"tandas duduk lah best ngok ! boleh baca magazine ke apa ke "

"susah nak cebok ahh guna tandas duduk tu ."

"ada je air yang boleh pancut dari jamban tu . "

"ahh ! tak best ! tandas duduk tak terbukak luas !"

"apa yang tak terbukak luas weh ?" :O

"lubang bontot kau"

PFFT !


*****************


ada benarnya apa yang dia cakap tu -..- dah kau tak payah nak cover . kau setuju kan ? ngaku cepat !

jadi selepas 2 tahun berlalu , masa aku stay rumah sewa dengan member aku sume , aku dengan roommates berbincang perihal tandas rumah kami iaitu tandas duduk . Ya , kami berbual mengenai jamban . ada masalah ?          ( ^ 3 ^)

aku tanya dia :


"beb , kau selesa tandas duduk?"

"TAKKK ! TAK PUASS !"

"kannnn . aku pun sama weh . tiap kali berak rasa macam 70% je keluar ."

"haah haah . sama lah . aku tiap kali nak duduk kat tandas duduk tu , aku kembangkan dulu bontot aku bagi terbukak luas , baru aku duduk"

" ........... ?? "


***************************


lepas je dia kata camtu , satu taman tu dengar aku gelak .




Monday, March 19, 2012

Tak Masal -..-"

Assalamualaikum.

Rindu ai ? >.< ai tahuuuu .
Okay aku mempunyai wawasan untuk tulis satu hari satu entri , tapi sampai sekarang wawasan tu tak tercapai . sebab apa ? perkara biasa , takde bende nak tulis .

okay hari ni aku nak tulis pasal benda yang jadi masa aku kat sekolah menengah dulu . semuanya gara gara cikgu bahasa melayu aku yang begitu mementingkan pengunaan bahasa melayu yang betul tanpa menitikberatkan soal pendidikan seni ataupun sesuatu yang kreatif . faham ? kalau tak faham baca lagi sekali .

okay masa dolu dolu zaman sekolah , asal tulisan cantik je mesti diamanahkan untuk buat jadual waktu la , jadual bertugas la , hitu la , hini la . pokoknya semua ! tu dia bahasa sastera dah keluar . gara gara cikgu BM aku lah ni . grrr .
so nak dijadikan cerita , sejak sekolah rendah , aku dianugerahkan tulisan yang ehem .. malu la nak cakap .. ermm ..ermm ..tulisan yang .. ermm ermm .. *mintak penampo*
disebabkan aku dianugerahkan tulisan yang malu-nak-cakap , jadi aku pun selalu jadik mangsa .

tulisan ai >.<


awal awal musim persekolahan :


"ok cikgu dah beli kad manila , marker semua ni . siapa nak buat duty roster , time table , bla bla bla ..."



kelas jadik sunyi kejap . tapi dalam kelas wajib ada sorang budak kepoh dan bila budak kepoh tu dah bersuara , alamatnya pengetua pun boleh sujud kat kaki dia .
memang durjana lebih lebih lagi budak kepoh tu member baik aku .


"anefffffff cikguuuu !!! "


jilake . aku benci dia . bukan sahaja duty roster . treasurer , ketua kelas , secretary , pengerusi kelab , ketua pengawas , semua dia aje yang bersuara tapi jerit nama orang lain . tak ke jilake tu ?


"okay aneff . by next week siap ya ? pertandingan kelas tercantik dah mula next week ."


"baik cikgu" -..-"


main orderrrrr aje . nasib dia cikgu aku . grrr .

aku cukup tak berkenan bila aku buat kerja orang pandang , so bila kau dah diamanahkan untuk buat benda benda semua tu , dan bila kau stay asrama , secara tak langsung bila kau bukak saja gulungan kertas manila tu , ada laa hadek hadek kepoci yang kerumun .


"eh abang aneff nak buat apa ni ?"


"eh tulisan abang aneff mesti lawa kan ?"


"abang aneff mesti pandai seni ni  "


dan selagi aku tak mula beraksi kreatif , selagi tu dia melangok kat situ . nasib baik aku senior yang baik , kalau tak dah lama aku humban masing masing luar koridor . sama lorat ! nak tgk sangat nanti pergi kelas aku tengok .


*****************

pagi Isnin , masuk kelas .


"wahh lawanyee . pandai kau buat aneff . cantik dowh ."


"caya ah nep"


"bla bla bla"



first period , cikgu BM aku masuk . greeting , baca doa , segala bagai . dia pandang duty roster ngan time table yang tak lebih 24 jam berstapler situ .

"ni apa tulisan kecik besar kecik besar ni ? dah tak tahu menulis ke ? saya taknak tengok lagi esok , sakit mata saya . tukar balik . nanti saya gtau cikgu kelas awak suruh awak tukar . siapa buat ni ?"


"aneffffffff cikguuuu !!!"


dafuq punya classmates .



Motto pasaraya Mydin .
kepada cikgu Rozizah Md Dom , mohon pegi sound Mydin skarang . 


p/s - hehe .. entri sekadar gurauan - menggamit memori . Tsk ! T_T



Friday, March 16, 2012

jangan salah faham !

Assalamualaikum .

aku bosan . jadi aku nak post benda ni supaya generasi akan datang tak salah faham , tahu ? kadang kadang tahu sebut saja , tapi tak tahu apa benda tu .
masa aku nak buat post ni nauzubillah guling-guling aku gelak . sebab apa ? kelakar ! HAHAHA ahaha k -_-

okay yang pertama . pernah dengar HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI ? pernah kannn . siapa tak pernah dengar mohon masuk hutan . pergi menyumpit . ok takde kaitan .
pepatah yang sebenarnya ialah HARAPKAN PEGAR , PEGAR MAKAN PADI . tahu pegar ? kau jangan nak tipu lah . aku tahu kau pun tak tahu . pegar ni dia boleh bela tahu ? haa suspen tak suspen tak ? mesti kau ingat pegar tu toyol kan ? -..-


 tadaaa ~ ni lah PAGAR yang tak boleh harap tu . aku snap semalam kat padang taman aku . fine tipu tak beragak . oh baideway , nama dia siti Pegar ya bukan Pagar .


baiklah , yang kedua pula . MELEPASKAN BATOK DI TANGGA . mesti selama ni kau ingat batok yang ada kahak sekali tu kan ? oh chidak ( bacaan T yang gedik itu ) .. chidak sama sekali .. chidak .. BATOK itu adalah macam gayung kayu yang orang dolu dolu buat basuh kaki . tahu ?

tadaaa ~ inilah BATOK tu . letak la nama canggih sikit . wooden water dipper ke ?  -___-


yang ketiga pula ialah binatang yang bernama siti BELANGKAS . tahu ? biasa dengar tak orang cakap , asyik berkepit aje macam belangkas ? aku pun tak tahu apa kaitan tapi itu je perumpamaan yang aku tahu -.-
BELANGKAS ni sejenis binatang kat laut yang bentuk dia menyerupai perisai Masked Rider . serius . itulah first impression aku bila tengok rupa belangkas .

baik kau cakap . kau setuju ke tak bentuk dia macam perisai Masked Rider ? kan kan ? canggih gak eh binatang ni . nama je kampung tapi pehhh boleh jadik perisai ! >.<


yang terakhir sekaliiiiii memperkenalkann , PONGKES ! dulu kau sekolah aku bebudak selalu cakap , 'weyy perangai macam pongkes lah budak tu !' . aku tanya kawan aku PONGKES tu ape benda . dia kata yang kaut kaut rumput tu , tahu ?

so perangai macam PONGKES tu maksudnya perangai macam pengaut rumput ? :| first time aku dengar word PONGKES ni aku ketawa macam nak gila . cuba sebut , PONG-KES . pong-kes . tak kelakar ke ? HAHAHA ahaha k -.-


p/s - mak aku kata belangkas sedap buat masak lemak :O mak aku ni biar betul . banyak kegunaan eh binatang tu . boleh makan , boleh buat perisai . fuhh canggih canggih .



Thursday, March 15, 2012

kalau malas baca semua , baca yang merah je .

Assalamualaikum.


last post aku 9 Mac . magaddddd 5 hari tak post entri ! >.< ai tengah bajet maria elena ni , feeling feeling ada orang datang blog hehari . ihik .


jadi , hari ini aku mahu cerita pasal perempuan bertudung dan tidak bertudung . okay feeling feeling imam muda pulak , boleh ? kisah pulak aku . HAHAHA k . gurau gurau manja , tak boleh ? -..-


aku tak nak cakap banyak . kau baca ini dialog . sebelum tu , aku nak cakap yang niat aku hanya untuk berkongsi :)


***************************************************




Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

                                                               *************************************************** 
patung pun pakai tudung lawa walaupun macam Ju on , apatah lagi manusia yang bergelar perempuan :)

tahu trademark Nabil Raja Lawak tak ? tahu ? cuba sebut sikit . Hik hik hik hik hik kbai 



Friday, March 9, 2012

... pinjam telefon kejap .

Assalamualaikum .

eh rindu ai lagi ? alaa malu laaaa >.<

okay harini aku nak post pasal abang aku . pasal abang kandung aku  . sama mak sama ayah . nama dia Areff . Dia Areff , aku Aneff . tapi dia takde Marhfiz , tahu ?

dia sekarang tengah cuti , so maknanya dia ada kat rumah . dia ni ada satu tabiat tau . dia suka sangat masuk peraduan yang ada dekat kopok kopok ke , surat khabar ke , majalah ke , pokoknya ( wah gitu ) SEMUA ! semua ok semua . tapi sekarang aku taknak cerita pasal peraduan ke apa . so sekarang nak buat apa murid muridddd ?? pandaii , baca sampai habis .

aku sebenarnya syak yang abang aku ni tengah sakan bercinta . sebab apa ? asal malam aje dia bertukar jadi serigala mesti ada satu benda ni dia buat .

**********

Areff ke hulu ke hilir sambil memegang handphone slide Sony yang dipinjam dari kakak dia . eh kakak kami la kan ? pfft .

*TOT TET TOT TET* ( bunyik keypad taknak kalah )

*TOT TET TOT TET*


*TOT TET TOT TET* dia pandang mak aku .

Mak .


ha , apa dia ?


pinjam telefon kejap .


habis kredit mak , kau topapkan balik .


iye .

***********

so , dia akan bergayut sampai ke hujung jambatan taman aku . ok tipu . aku tak tahu sampai mana tapi yang pasti luar rumah . dengan kain pelikat dia tu -..-

esok punya malam masa kami sekeluarga bergembira menonton Buletin Utama bersama , dia mundar mandir lagi . pegang handphone slide Sony yang dipinjam dari kakak dia . oh dah beritahu ya tadi  ?
tapi kali ini tangan kanan handphone Sony , tangan kiri phone rumah .

*TOT TET TUT TIT TAT TOT TET TUT TUT* ( dia dail number , pun bunyik tak nak kalah )

Haa hello , buat apa ? ( dia cakap sangat kuat . Volume 8 punya )

mak aku jeling . maka dia berlalu ke luar rumah dengan handphone masih di tangan kiri dan kanan . diulangi , kiri dan kanan .


*****************

malam sikit , around pukul 11 12 camtu . abang aku duduk kat sofa pastu dia bangun balik . dia capai handphone ayah aku . ayah aku pandang . dia pun pandang ayah . mata mereka bertentangan .

heee .. pinjam telefon kejap .


ayah kembali menonton televisyen .


*****************

Esoknya .

ni kenapa kredit ayah tinggal dua ringgit ? semalam ada 30 lebih ni . siapa share kredit ni ? - ayah


dak adik yah . dia kan selalu takde kredit . - akak aku .


eh aku pulak ! - aku .


abang pinjam semalam yah . Hehe . Jap lagi abang topapkan  - abang aku .


mak punya sekali semalam  - mak aku .


grrr ! aku pulak kene !


************


Malam tu . abang aku mundar mandir lagi . Mak aku pandang .

Mak ada kredit kan ? 


Nak buat apa ?


Pinjam telefon kejap .


Bontot kau lah bang .


Hee ...




Hee ...








Heeeee .......


jadi inilah yang dikerjakan oleh abang aku sekarang . peraduan apa ntah kat label tu -..-
pernah dengar lagu Mr Potato Mr Potato ~~ kaching kaching ~~ Mr Potato ?