Wednesday, February 22, 2012

Senarai Ramalan Hari Kiamat Sejak 1666 .

Assalamualaikum .

Hai semua . Rindu ai tak ? 
Entri aku yang sebelum ni yang tanya buah apa tu sorang pun tak dapat jawab . gigih tau aku gugel imej tetiap kali orang komen buah apa . petai la , koko la , jering la , asam jawa la , hitu la hini la . tapi takde pun yang betul . macam mana nak dinner dengan ai ni ? >.<

aku takmo celoteh panjang lebor sebab aku dapat meramalkan entri aku ni akan jadi panjang . entri pasal ramalan kiamat , so aura sakti meramal tu kene ada .

1666 - Kiamat Tahun Iblis

Ramai penganut Kristian yakin bahawa angka 666 berkaitan dengan iblis ( tang mana kait , ai pun tak taw nak habaq lagu mana ) . Sehinggakan mereka telah meramal pada tahun 1666 akan berlakunya hari kiamat dan dunia berakhir kerana Tuhan marahkan iblis . Namun pada tahun itu kiamat tidak berlaku sebaliknya terjadi satu kebakaran besar yang nyaris melenyapkan kota London dari muka bumi . 

1806 - Telur Ayam Petanda Kiamat

Seorang penternak di Leeds , England telah menemui telur ayam yang tertulis pada kulitnya tulisan 'Christ is coming' . Ramai orang telah mempercayai berita yang menggemparkan itu . Namun , seorang penduduk yang merasa khuatir kesasihan berita tersebut telah memerhatikan ayam itu bertelur dan mendapati berlakunya penipuan . Telur itu didakwa telah ditulis terlebih dahulu sebelum disumbatkan semula ke dalam dubur ayam :O ( habis digodoknya pungkok ayam tu . aku tak tau pulak pen marker Sharpie dah wujud time tu , nasib dia tak tulis CHRIST NAK MAI WEYYY ! ) hiks !


memperkenalkan , PEN MARKER SHARPIE ! hangpa boleh tulih di mana mana permukaan seperti di dinding , konkrit , bulu kucing , kulit teluq , dan di udara :O


23 April 1843 - Angkara Wahyu William Miller

W.M seorang paderi Advent mendakwa beliau telah menerima wahyu bahawa tarikh berlakunya hari kiamat akan jatuh pada 21 Mac 1843 dan 21 Mac 1844 . Dalam pada itu , beliau sendiri turut membuat andaian kiamat akan berlaku pada 23 April 1843 . Namun pada tarikh yang diramalkan itu , tidak berlaku sebarang malapetaka seperti yang didakwa William . Maka kumpulan itu telah membentuk gerakan yang dikenali sebagai Seventh Day Adventist .



22 Oktober 1844 - Ramalan Kumpulan Millerite

Seorang paderi dari kumpulan Millerite , Samuel S. Snow juga telah meramalkan dunia akan berakhir pada 22 Oktober 1844 . Beliau amat yakin berdasarkan petunjuk kiamat yang terdapat dalam Kitab Daniel . Tapi kiamat tidak juga berlaku pada tanggal tersebut . Disebabkan itu , tarikh 22 Oktober 1844 dikenali sebagai 'The Great Dissapointment' atau 'Kekecewaan Besar' yang membuatkan aliran Millerite berpecah .

1891 - Dongeng Kaum Mormon

Ramalan ini dibuat oleh Joseph Smith , seorang paderi dari Gereja Mormon . Beliau telah mengadakan satu perhimpunan di gerejanya pada Februari 1835 untuk memberitahu pengikutnya bahawa Jesus akan datang dalam tempoh 56 tahun ke hadapan . Dan pada hari itu akan berlakunya kiamat . Namun ramalannya tidak menjadi kenyataan .

1910 - Komet Halley

Pada tahun 1881 , seorang astronomi mengandaikan hari kiamat akan berlaku disebabkan perlanggaran bumi dengan ekor komet Halley pada tahun 1910 . komet ada ekor ? :O  Astronomi itu mendakwa ekor komet Halley mempunyai gas dan debu beracun yang mampu membunuh dan melenyapkan manusia yang hidup di muka bumi . Namun pada tahun itu , tiada tragedi yang dijangkakan berlaku .

pernah tengok Dragon Ball ? yang Kwaiiiiii Fooooo Haaaaiii Konnggggg tu ? atau dalam bahasa melayu Kaaaaaa Meeeeeeeyyy Haaaaa Meeeyyyyyyy Haaaaaaa . haa sama macam kat atas kan ? kan ? 

21 Disember 1954 - Ramalan Dorothy Martin

D.M mendakwa beliau telah membuat perjanjian dengan makhluk asing dari Planet Clarion . Katanya alien akan menghancurkan bumi dengan satu bencana banjir yang besar . Hanya orang yang beriman sahaja terselamat dengan kehadiran piring terbang pada malam bencana tersebut . piring terbang ? -..- tikar terbang takdak ? Pada pukul 4.45 pagi , Martin telah menjelaskan yang dia mendapat pesanan baru dari makhluk asing dengan tindakan para pengikutnya yang banyak berubah fikiran . Tuhan memutuskan untuk membatalkan hari kiamat setelah ada manusia yang merasa was was dengan kekuasaannya . Tuhan cancel hari kiamat wey ! -..- 

14 Julai 1960 - Ledakan Bom Di Amerika

Ada pihak tidak bertanggungjawab meramalkan bahawa kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960 , pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik tentera Amerika Syarikat . Ekoran daripada berita tersebut , ada dua orang yang cuba membuat sampan untuk menyelamatkan diri ( motip ada bom pastu nak buat sampan ? jangan bagi aku pening pepagi buta ni boleh tak ? T_T ) Namun kiamat seperti yang diramalkan tidak berlaku . 

#NowPlaying ; Dayung Sampannnnnn


November/Oktober 1982 - Ramalan Pat Robertson

Pada akhir tahun 1976 , Pat Robertson membuat ramalan dunia akhir zaman akan berakhir bulan November atau Oktober 1982 . Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980 beliau menyatakan : "Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan terjadinya hari penghakiman pada dunia . Dunia akan berakhir ! *sambil angkat angkat banner* " Seperti dijangka , dunia tidak juga berakhir tetapi Pat Robertson yang meninggal dunia terlebih dahulu .



*****************************************************



Aku dah penat menaip . Esok sambung Part 2 pleaseeeee :( 
untuk kefahaman korang , tulisan yang kaler hitam tu aku re-type manakala yang kaler merah dan gambar serta caption hanyalah rekaan semata mata . tiada kene mengena dengan yang masih hidup waima yang meninggal donia .


"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui "
(al a'raf ayat 187)

disalin semula dan diolah sedikit dari Mastika Januari 2012 .
jumpa di part 2 !



1 comment:

Dylla Abas said...

hari kiamat itu rahsia Allah..tak perlu sesiapapun antara kita yg meramalkan kedatangannya

tapi yg pelik nya ni...kebanyakan tukang ramal tu terdiri dari si kafir ni haa...terel betul diorg ni buat ramalam ek...