Wednesday, February 29, 2012

Jom Heboh 2012

Assalamualaikum .

harini aku nak cerita dan tunjuk dalam 2 3 keping gambar aku ke Jom Heboh >.< mesti kau cakap aku sama lorat aku nak tunjuk . kesahh pulak aku ? -..-

jadi pagi itu Amir amik aku around 10 kot , dan kami terus meneruskan perjalanan ke MITC melaka . bajet jauh . okay setelah 3 minit , kami pun sampai . mulanya kami bercadang untuk park kereta di rumah aku then menapak ke MITC , tapi cadangan itu agak tidak mengembangkan sel cerebrum :O malahan menyakitkan hati dan kaki .

parking kereta ada tapi penuh :|

kami mengambil keputusan untuk bermain bowling sebentar dan .. ok kami bermain bowling --, setelah itu kami pun bergerak ke karnival Jom Hebohhhhhhh yang tak berapa nak heboh lagi . orang tak ramai lagi . panas mengkaung kau ! asal boleh aku sebut       -_____-

aku dah berpeluh macam kuda lumba dengan kepanasan yang agak agak aku dah 83 darjah celcius pastu aku ajak Amir masuk kejap PC Fair . di situ ada lebih kurang ramai orang yang memakai kopiah dan songkok . kami makan tengahari di situ dah macam dalam golongan jemaah haji -..- serius .

nothing interesting YET i guess masa kami pergi tu . so kami bercadang ingin ke dataran pahlawan untuk melihat ada karnival islamic apa ntah kat situ organized by Masscomers UiTM Lendoooooo ^^, after meet some of old friends dekat kolej dulu , kami pun berambus !

tiok gamba !







Thursday, February 23, 2012

Senarai Ramalan Kiamat Sejak 1666 [ Part II ]

Assalamualaikum *laga laga pipi*

sekarang jangan banyak cakap , pergi klik PART I ramalan kiamat ni sekarang ! ok aku nak sambung ramalan kiamat yang orang dok sembang kencang . macam biasa , tulisan kaler merah adalah rekaan semata - mata . tiada kaitan yang masih hidup atau yang telah meninggal donia .

1997 - Komet Hale-Bopp

Pada tahun 1997 , ramalan dikaitkan dengan komet lagi . Kehadiran komet Hale - Bopp yang dijumpai pada tahun 1995 bergerak menuju ke arah kebenaran bumi  dan diramal akan bertembung dengan bumi pada Mac 1997 . Sebanyak 39 orang pengikut kristian Heaven's Gate telah membunuh diri kerana mereka yakin bahawa UFO yang mengikut di belakang komet tersebut akan menyelamatkan mereka dari bencana tersebut . dafuq ? =..= untunglaaaa UFO selamatkan kau lepas tu otak kau kene gerudi buat pameran fizik kat sana .

cakk ! tanjat tak ? tanjat tak ?


9 September 1999 - Ramalan Syamsuri

Seorang lelaki bernama Syamsuri mendakwa bahawa dia adalah Imam Mahdi utusan Tuhan dan meramalkan pada 9 Septemer 1999 akan berlaku hari kiamat . Sebelum tarikh ramalan itu tiba , beliau telah ditangkap oleh pihak polis dan dihukum penjara selama 11 bulan . Namun pada tarikh ramalannya iaitu 9-9-1999 tiada apa berlaku dan beliau sendiri meringkuk dalam penjara . TROLOLOL

31 Disember 2000 - Ramalan Joseph Kibwetere

J.K dari Uganda iaitu seorang paderi dari The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God , meramalkan dunia akan berakhir pada 31 Disember 2000 . Sebelum tarikh tersebut beliau telah mengarahkan pengikutnya berkumpul di dalam sebuah gereja . Setelah semua pengikutnya berkumpul , beliau lalu membakar gereja tersebut ketika semua orang sedang bertafakur . khusyuk nauuu bertafakur sampai orang tu dok gigih jirus minyak tanah segala bagai sampai tak perasan :|  Sebaik kebakaran itu berjaya dipadam , pihak polis menemui sebanyak 330 tengkorak manusia yang dipercayai pengikut fanatik J.K yang terbunuh dalam tragedi itu .

2000 - Ramalan Hal Lindsey

Pada tahun 2000 , banyak ramalan hari kiamat telah dibuat oleh orang Barat antaranya oleh Hal Lindsey melalui tulisannya dalam buku yang bertajuk , The Late , Great Planet Earth yang diterbitkan pada tahun 1970 dan Planet Earth 2000 A.D .: Will Mankind Survive ? (1996) . Buku tersebut mendakwa dunia akan kiamat pada tahun 2000 dan umat Kristian tidak perlu membuat persedian masa depan mereka selepas tahun 2000 .



21 Mei 2011 - Ramalan Harold Camping

Kisah dongeng yang dinyanyikan stacy terakhir tentang hari kiamat ini dibuat oleh Harold Camping . Katanya , barang siapa akan percaya katanya akan diangkat terus ke syurga , dan mana yang tidak pecayakan ramalan mereka akan tinggal di bumi dan hidup seperti dalam neraka selama lima bulan sehingga tarikh 21 Oktober 2011 . so maknanya dia buat ramalan tu 5 bulan sebelum 21 oktober la kan ? -..- please cakap aku betul please . Pada tarikh itu Tuhan akan menghancurkan bumi dengan nyalaan api neraka .


*****************************


jangan lupa baca part 1 punye . just have faith and remember one thing . hanya ALLAH S.W.T tahu bila akan berlakunya Hari Kiamat :) renung renungkan dan selamat beramaaaalllll :D