Tuesday, September 20, 2011

Hukum Download Movie/MP3


haaa suspen tak suspen tak ? AM jumpa status dia ni kat FB tapi esoknye bila AM nk tiok lagi skali . eh ? hilang dah ? takut letew . sbb mmg ramai yg komen malam tu . termasuk AM . motip dia buang ? hanya anak bini dia saja tahu .

Am google pasal hukum download ni , ada satu tu cakap :

"movie tu sendiri hukum dia dah out , kalau beli subahat . kalau curi , tak subahat ."

AM sendiri masih kurang ilmu pasal benda hukum hakam ni , so i just type this entry to actually point out my perspective saje . ok ? sebab AM pun kadang kadang ade je download movie ngan MP3 . *batuk kecil kecilan*

pada AM , download mendownload sebenarnya hak individu itu sendiri . kalaupun berdosa , kenapa filem atau lagu tu diupload UNTUK para pengguna download ? shall i say , orang yang upload tu sengaja nak buat weols weols yg download ni berdosa ? gitu ye senah ? *kidding
sebaliknya , kalau movie tu diupload dan perlu dibayar oleh pengguna , contoh :

A : beb , aku dapat movie terboikkkk !

B : movie apa yg terboikkkk tu ?

A : *bisik bisik*

B : eh ? tapi bukan kene bayar keee ?

A : alaa , apa guna aku belajar medic kalau tak pandai hack !

B : ohhh , kire nye kau dpt tanpa bayar laaa eh ?

A : pandai pun . muahh sikit .


see ? see ? kalau dia tak bayar , padehal bende tu perlu dibayar , itu baru DOSA dik non oi . so , itu je pendapat AM . kbai .
eh jap . siapa siapa yg boleh beri pandangan , sila lah tinggalkan komen :)

Friday, September 16, 2011

5 Perkara


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya : -

1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5. Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari . Kata Nabi Muhammad S.A.W ; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .


(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat ) 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
Surah Al-Baqarah ayat 286)

[re-post from Mr Zamri A]

Wednesday, September 14, 2011

Couple pastu Break ? -.-

hai .

pernah tengok video di YouTube yang bertajuk "Strangers , again ?"
video pasal peringkat dalam perhubungan . kalau nak tengok , tengok lah kat bawah ni tp kalau kelajuan line internet kau mcm hidup segan mati tak mau , kene sabar sikit la sbb video ni 15 mins . tp kalau belum sempat kau tekan play , dia dah full .. mmg dipersilakan la tonton video terbabit .
tapi takpe kan , bulan bulan mulia Syawal ni , banyakkan bersabar ya -.-


meh sini AM nk bagi pendapat sikit . yelaa sebagai org yg berpengalaman kannn -.-
satu je persoalan yang berputar-putar di minda . wah ayat aku .

persoalan : KENAPA MEREKA TIDAK BERUSAHA UTK MEMPERBAIKI HUBUNGAN MEREKA ?

that perempuan ada ckp ; their relationship is either ended in marriage or breaking up .
jadi , kalau dah tahu yg hubungan mereka terumbang ambing , kenapa masih memilih jalan utk break up ya ? kenapa tak memilih jalan yg lebih menggembirakan semua orang ?


for me (based on that video laa) , perempuan tu yg tak nak dan tak sayangkan hubungan dia dgn that guy . she seems like boring dengan lelaki tu . end up , that girl dah ada bf baru . sooooo , who's to blame ?


p/s - tengok laa video tu . sekadar beri pandangan sajeee . kalau kau dah siap berinai , hantaran dah siap 20 30 dulang , dah lulur badan bagai , kalau Tuhan tak izinkan , tak jadi jugaa (:

Monday, September 12, 2011

SMK , SMKA , SBP , MRSM

hai .

so i'm writing this post with a glass of soda which tastes like laici =.= i don't know whether the glass or the soda itself . *sigh

siapa sekolah SMK ? SMKA ? SBP ? MRSM ?
AM sekolah MCKK je . ok tipu . AM form 1-5 sekolah biasa je . boleh laaa consider as sekolah sukan . boleh laaaaaaa .
okay AM nk cakap pasal surrounding bila kau , kau ngan kau belajar kat 4 jenis sekolah ni .

SMK
tak dinafikan kalau kau sekolah kat SMK , brotherhood and sisterhood mmg sgt outstanding . kalau seorang tak buat homework , like everyone dalam kelas tu akan backup kau sebackup backup nya . geti ? and the bond between u guys akan lebih rapat if kau stay asrama . betul tak apa yg AM tulis ni ?
and the popular guys and girls seharusnya yang main sports . kan ? kan ? yang nerd , geek , pakai spec tebal , popular jugak . tapi popular masa amik anugerah kat perhimpunan jela .



SMKA
tahu tak apa tambahan A kat belakang tu ? A stand for Agama . wuuuu . for sure laa kan students SMKA ni tudung labuh , pakai songkok , jalan kepit , geti mengaji -.-
AM pernah roommate ngan sorang student SMKA ni masa menjalani kursus kepimpinan pengawa . haaa kau hado ? nk tahu apa dia kata ? dia kata , setiap kali assembly , WAJIB pakai songkok . wajib okay . bukan sunat waima harus .



SBP
haaaa SBP ni lain sikit . kalau kau tengok , kelas kelas kat SMK , lawa lawa , cantik cantik , masuk kelas bukak kasut . tapi kalau kat SBP ni , atas meja tu , seboleh2nya , semua buku dia nk letak . serius ! sah sah laa kan . dah nama pun asrama penuh . and at this type of school , the popular guys and girls seharusnya yang masuk pertandingan2 berkaitan akademik , tiap kali exam dpt 20A , 30A , buat add math mcm tiup angin je . haaa mereka ni laa yg famous .



MRSM
maktab . rendah . sains . mara . mereka tak pakai baju sekolah mcm kita . seluar diorg kadang2 hitam , kuning =..= baju pun kuning , biru . ntah ntah . tak tahu .
and mereka ni duduk dalam homeroom , which is duduk sama form . kalau tingkatan 1 , tingkatan 1 ajeee . kalau lesbo , sume lesbo ajeee . ok gurau .
kawan AM ckp , mereka ni tak boeh bercampur dgn senior mahupun junior . and diorg punya cara belajar tu is like , kene push habis2 . MRSM kannnnnnn .


p/s - belajar sekolah pondok pon boleh berjaya :D

Thursday, September 1, 2011

kitaran Aidilfitri .

pagi raya , AM bangun .
suasana dia sama je mcm raya-raya sebelum ni . bangun , tggu turn mandi , siap siap gi masjid .

tahun ni AM solat raya kat tangga masjid okayyyy ! RAMAI NAUUU . kau hado ?

okay , back to the topic . AM dah nak cecah 21 tahun which means im getting older and older . soon , ill have a girlfriend , tunang , kahwin , anak , bla bla bla .

kecik kecik : wajib dapat duit rayaaaaa ! dapat angpau tak sabar nak tiok berapa dapat . dulu kecik kecik kalau kumpul duit raya mampu beli mekbuk epal .

besar sikit : kene soal dulu ni anak siapa , sekolah lagi ke tak , berapa umur -.- pastu tiok makcik tu korek korek handbag , dah berbunga dah hati . dapat jugeeeee duit raya :D

besar betul : dapat ke tak dapat belakang kira . raya pun sekadar sambut gitu gitu je . kau nak bagi , aku hambik , tak nak bagi , ADA AKU KISAHH



bagi AM , jumpa kawan kawan sekolah . jalan raya sama sama lagi best sebenarnya . its not about duit raya but its about getting together . you forgive people , you greet people , you treat them nicely , they treat you nicely . that all matters actually .

and and and bila balik asrama . masing masing bawak kuih raya kan kan ? kau jgn nak tipu lah . mesti ada . sama lah mcm AM , rendang , kuah kacang , nasik himpit , semuaaa AM bawak balik asrama ! bertingkat2 tupperware ! mak pesan , BAWAK BALIK TUPPERWARE , MAHAL TU ! semua mak macam tu , aku yakin dan pasti . sangat yakin . tiada yg perlu disangkal .


kecil kecik , kita dapat duit raya , mak ayah bawak kita balik kg , kita merugut bosan bla bla bla .
besar besar , kita bagi duit raya , kita bawak anak anak kita balik kg , anak anak merungut bosan bla bla bla .
tua tua , kita dapat duit raya balik , kita duduk rumah tggu anak cucu datang , bila mereka semua balik rumah masing2 , kita merungut bosan bla bla bla .

thats what i say kitaran Aidilfitri (: