Friday, July 29, 2011

You tell me , can ah ?


see the picture don't you ? :p

# nak pasang langsir lagi
# pelita
# ohh cat lagi !
# itu
# ini

HARAP-HARAP PARA PEMBACA DAPAT BERI SEMANGAT PADA AM UNTUK TERUS BERBLOGGING YA ! 

p/s - apa pendapat kamu kamu tentang perubahan blog AM ?

Sunday, July 24, 2011

1 Malaysia 1 Tapai !

Happy Sunday everyone :)

Okay buat pertama kali sepanjang cuti 4 bulan ni , AM ditugaskan oleh parents AM untuk bawa diorg pegi rumah orang kawen . Rumah orang kawen ni merupakan abang kepada bff mak AM . haa mak AM pun ade bff tau . mak kau ?

to make it short , masa AM tengah makan tu .. depan AM ada la group Chinese , dah tua pun . kalau amoi ke boleh la cuci mata jugak . Diorg sakan borak ntah apa yang diorg tggu AM pun tak tau tapi yang pasti diorg dah habis makan la sebab ada orang tanya dah makan ke belum pastu salah sorang Cina tu jawab dah makan . panjangnye =.=

nak dijadikan cerita , salah sorang Cina tu offer tapai pada member dia . member ke akak ke adik ntah la . sepesen je AM tengok . Pastu member dia tu geleng-geleng sambil mulut dia terkumat-kamit pe bende ntah . Punya la gigih Cina tu suruh member dia try tapai tu . Member dia pulak buat muka euww . Tau muka euww ? Haa dia buat muka euww tapi Cina yang offer tapai tu punya feel makan tapai tu . meleleh-leleh air tapai :O

AM tak tau laa tapi AM rasa tu first time kot dia rasa tapai . sedap la tu , tu yang muka feel gile . sayang AM tak bawak kamera , kalau tak dah snap dah gambar muka dia yang feel tu .





yang hijau ni tapai , yang hitam tu kicap .

p/s - Cina pun boleh makan tapai apa :)

Thursday, July 21, 2011

kenangan sekolah ... [ part II ]

Salam ^^,
masih ingatkah anda , anda dan anda dengan entry yang INI ? tak baca lagi ? KLIK LAH !
haaa jadi untuk entry yang ini , AM akan membuat penyambungan entry =.='

uncles , aunties , brothers , sisters , faggots .. mari baca part II ! ^^,

____________________________________________________________________


kenangan darjah 4 

kenangan yang AM paling ingat masa standard 4 ....
masa tu AM kene panggil dengan cikgu untuk tolong2 kat library ,
pastu AM pun dengan senang hati la pegi .. tapi cikgu tu ckp lepas rehat masuk kelas balik ..
dengan konfiden dan gagah , AM terus lepak library ..
padehal kerja kat library sume dah siap .
senang cite , AM ponteng kelas matematik !
esoknya .. "SIAPA YANG DUDUK LIBRARY MASA KELAS SAYA SEMALAM ?"
yeahhh ! dah kantoi !
hukumannya : PENAMPAR DI MUKA + ROTAN DI BETIS di depan pelajar lain 
hayunan 180 darjah okayy !!
dan sangat sakit  . sangat =.=

___________________________________________________________________


kenangan darjah 5

 oh ! terrible !
ada sorang mamat gile ni sentiasa tak puas hati dengan AM !
OMG kami hampir bertumbuk ya di belakang sekolah sambil tunggu bas datang .
dia yang carik pasal !
baiklah , ceritanya begini ... AM sedang bersantai di bawah pokok .. panas kannn :|
so , tiba-tiba beliau datang . usik-usik telinga AM . 
eh budak ni .. kau suka , kau cakap !
pastu AM bangun laa , dia da dabik-dabik dada . alahaii tak padan dengan ketot .
AM menuju ke arahnya dan dia menolak badan AM !
tapi control macho , tak jatuh beb ! still standing wa cakap lu .
okay , AM dah tak tahan marah .. tiba-tiba ada bunyi hon kereta .
oh ! kakak AM datang jemput ! so , bye-bye mamat gile .
padehal dalam hati lega gile ! =.=

_________________________________________________________________
 
 
kenangan darjah 6

susah kann kalau dapat satu kelas dengan pelajar-pelajar harapan sekolah =.=
AM ingat lagi AM kene panggil dengan GPK Hem
sebab salah buat latihan matematik pecahan . WTF ?
dan dan ... kene panggil dengan Guru Besar sebab dah fail subjek Sains 4 KALI BERTURUT !
dahsat sungguh AM , kan ? =..=
dalam kelas AM ada 6 kumpulan tau .. agak-agak AM dalam kumpulan mana ?
okay fine .. kumpulan 6 .
ohh kelas saya menang Choral Speaking no 3 peringkat negeri !
HAHA at least ada la jugak AM berbakti pada kelas harapan sekolah ni (--')
_____________________________________________________________________



p/s - at last , AM dapat 4A 1B untuk UPSR .. haha korang tau2 la B tu ape .. dah fail smpi 4 kali =.= 


  spot me ! HAHA .



Tuesday, July 12, 2011

kenangan sekolah ... [ part I ]

Salam ^^,

AM tiba-tiba nak post pasal kenangan masa AM ada kat sekolah rendah dulu :) AM nak tulis kenangan yang paling AM ingat masa setiap tahun ..
tapi entry ni .. AM nak cerita darjah 1 sampai darjah 3 dulu ^^,


kenangan darjah 1 :

 AM beratur kat perhimpunan , AM paling kecik ... so , beratur depan sekali laa . 
AM khusyuk tengok apa bende ntah , sampaikan budak2 kelas AM sume dah beratur ke belakang sikit , 
tapi AM still tercongok kat depan . AM tak perasan sampai laa ada seseorang 
MENEPUK muka AM dengan kuat sekali ! sangat kuat ! MENEPUK ya ! 
sampai sekarang AM tak tau siapa dia , dan motip dia tepuk muka AM =.=
sape yang tepuk tu mmg cilake la .. sakit kot !

______________________________________________________________________


kenangan darjah 2 :


- ada satu malam tu , AM tertido awal .. so , mak AM dah kemaskan buku AM
masuk dalam beg sekolah yang tarik tarik ada roda tu .. ko ade ?
so , nak dijadikan cerita .. mak AM tersilap susun . Buku Pendidikan Islam tertinggal kat rumah ...
bila tiba waktu Pendidikan Islam tu , ustazah tak masuk tapi cikgu ganti ..
tapi ustazah dah siapkan nota laa suruh salin . dia nmpk AM salin atas kertas dia datang laa kat AM .
ntah ape jin yang merasuk cikgu tu ntah , dia pergi selongkar beg tarik tarik AM tu ,
dia keluarkn semua buku pastu dia campak beg AM ke belakang kelas . AM rasa time tu dia tgh gado ngan laki dia agaknye ...
aku yg jadik mangsa . dah la beg tarik tarik aku kene campak .. sian tauu :(

____________________________________________________________________


kenangan darjah 3 :

kenangan yang paling AM ingat ialah bila AM jadi rebutan antara 2 gadis .. *blushing*
AM duduk dengan seorang budak perempuan yang minat AM tu .. 
sekali tiba-tiba perempuan lagi satu yang minat AM tu , bangun , hempas buku , dia datang pada AM 
pastu dia tolak kerusi AM tengah duduk tu sampaikan peha AM macam tersepit halus ... 
AM pegi toilet , merah kot ! nasib baik tak darah .. 
alahai perempuan ... kau suka , kau cakap ..! haa kan dah terkeluar nama blog aku ..




**********************************

jadi , sampai di sini dulu ...
kalau buat sampai darjah 6 kang , takut bosan pule ^^,
jumpe di part II !

***********************************