Tuesday, September 20, 2011

Hukum Download Movie/MP3


haaa suspen tak suspen tak ? AM jumpa status dia ni kat FB tapi esoknye bila AM nk tiok lagi skali . eh ? hilang dah ? takut letew . sbb mmg ramai yg komen malam tu . termasuk AM . motip dia buang ? hanya anak bini dia saja tahu .

Am google pasal hukum download ni , ada satu tu cakap :

"movie tu sendiri hukum dia dah out , kalau beli subahat . kalau curi , tak subahat ."

AM sendiri masih kurang ilmu pasal benda hukum hakam ni , so i just type this entry to actually point out my perspective saje . ok ? sebab AM pun kadang kadang ade je download movie ngan MP3 . *batuk kecil kecilan*

pada AM , download mendownload sebenarnya hak individu itu sendiri . kalaupun berdosa , kenapa filem atau lagu tu diupload UNTUK para pengguna download ? shall i say , orang yang upload tu sengaja nak buat weols weols yg download ni berdosa ? gitu ye senah ? *kidding
sebaliknya , kalau movie tu diupload dan perlu dibayar oleh pengguna , contoh :

A : beb , aku dapat movie terboikkkk !

B : movie apa yg terboikkkk tu ?

A : *bisik bisik*

B : eh ? tapi bukan kene bayar keee ?

A : alaa , apa guna aku belajar medic kalau tak pandai hack !

B : ohhh , kire nye kau dpt tanpa bayar laaa eh ?

A : pandai pun . muahh sikit .


see ? see ? kalau dia tak bayar , padehal bende tu perlu dibayar , itu baru DOSA dik non oi . so , itu je pendapat AM . kbai .
eh jap . siapa siapa yg boleh beri pandangan , sila lah tinggalkan komen :)

Friday, September 16, 2011

5 Perkara


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya : -

1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5. Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari . Kata Nabi Muhammad S.A.W ; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .


(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat ) 'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
Surah Al-Baqarah ayat 286)

[re-post from Mr Zamri A]

Wednesday, September 14, 2011

Couple pastu Break ? -.-

hai .

pernah tengok video di YouTube yang bertajuk "Strangers , again ?"
video pasal peringkat dalam perhubungan . kalau nak tengok , tengok lah kat bawah ni tp kalau kelajuan line internet kau mcm hidup segan mati tak mau , kene sabar sikit la sbb video ni 15 mins . tp kalau belum sempat kau tekan play , dia dah full .. mmg dipersilakan la tonton video terbabit .
tapi takpe kan , bulan bulan mulia Syawal ni , banyakkan bersabar ya -.-


meh sini AM nk bagi pendapat sikit . yelaa sebagai org yg berpengalaman kannn -.-
satu je persoalan yang berputar-putar di minda . wah ayat aku .

persoalan : KENAPA MEREKA TIDAK BERUSAHA UTK MEMPERBAIKI HUBUNGAN MEREKA ?

that perempuan ada ckp ; their relationship is either ended in marriage or breaking up .
jadi , kalau dah tahu yg hubungan mereka terumbang ambing , kenapa masih memilih jalan utk break up ya ? kenapa tak memilih jalan yg lebih menggembirakan semua orang ?


for me (based on that video laa) , perempuan tu yg tak nak dan tak sayangkan hubungan dia dgn that guy . she seems like boring dengan lelaki tu . end up , that girl dah ada bf baru . sooooo , who's to blame ?


p/s - tengok laa video tu . sekadar beri pandangan sajeee . kalau kau dah siap berinai , hantaran dah siap 20 30 dulang , dah lulur badan bagai , kalau Tuhan tak izinkan , tak jadi jugaa (:

Monday, September 12, 2011

SMK , SMKA , SBP , MRSM

hai .

so i'm writing this post with a glass of soda which tastes like laici =.= i don't know whether the glass or the soda itself . *sigh

siapa sekolah SMK ? SMKA ? SBP ? MRSM ?
AM sekolah MCKK je . ok tipu . AM form 1-5 sekolah biasa je . boleh laaa consider as sekolah sukan . boleh laaaaaaa .
okay AM nk cakap pasal surrounding bila kau , kau ngan kau belajar kat 4 jenis sekolah ni .

SMK
tak dinafikan kalau kau sekolah kat SMK , brotherhood and sisterhood mmg sgt outstanding . kalau seorang tak buat homework , like everyone dalam kelas tu akan backup kau sebackup backup nya . geti ? and the bond between u guys akan lebih rapat if kau stay asrama . betul tak apa yg AM tulis ni ?
and the popular guys and girls seharusnya yang main sports . kan ? kan ? yang nerd , geek , pakai spec tebal , popular jugak . tapi popular masa amik anugerah kat perhimpunan jela .



SMKA
tahu tak apa tambahan A kat belakang tu ? A stand for Agama . wuuuu . for sure laa kan students SMKA ni tudung labuh , pakai songkok , jalan kepit , geti mengaji -.-
AM pernah roommate ngan sorang student SMKA ni masa menjalani kursus kepimpinan pengawa . haaa kau hado ? nk tahu apa dia kata ? dia kata , setiap kali assembly , WAJIB pakai songkok . wajib okay . bukan sunat waima harus .



SBP
haaaa SBP ni lain sikit . kalau kau tengok , kelas kelas kat SMK , lawa lawa , cantik cantik , masuk kelas bukak kasut . tapi kalau kat SBP ni , atas meja tu , seboleh2nya , semua buku dia nk letak . serius ! sah sah laa kan . dah nama pun asrama penuh . and at this type of school , the popular guys and girls seharusnya yang masuk pertandingan2 berkaitan akademik , tiap kali exam dpt 20A , 30A , buat add math mcm tiup angin je . haaa mereka ni laa yg famous .



MRSM
maktab . rendah . sains . mara . mereka tak pakai baju sekolah mcm kita . seluar diorg kadang2 hitam , kuning =..= baju pun kuning , biru . ntah ntah . tak tahu .
and mereka ni duduk dalam homeroom , which is duduk sama form . kalau tingkatan 1 , tingkatan 1 ajeee . kalau lesbo , sume lesbo ajeee . ok gurau .
kawan AM ckp , mereka ni tak boeh bercampur dgn senior mahupun junior . and diorg punya cara belajar tu is like , kene push habis2 . MRSM kannnnnnn .


p/s - belajar sekolah pondok pon boleh berjaya :D

Thursday, September 1, 2011

kitaran Aidilfitri .

pagi raya , AM bangun .
suasana dia sama je mcm raya-raya sebelum ni . bangun , tggu turn mandi , siap siap gi masjid .

tahun ni AM solat raya kat tangga masjid okayyyy ! RAMAI NAUUU . kau hado ?

okay , back to the topic . AM dah nak cecah 21 tahun which means im getting older and older . soon , ill have a girlfriend , tunang , kahwin , anak , bla bla bla .

kecik kecik : wajib dapat duit rayaaaaa ! dapat angpau tak sabar nak tiok berapa dapat . dulu kecik kecik kalau kumpul duit raya mampu beli mekbuk epal .

besar sikit : kene soal dulu ni anak siapa , sekolah lagi ke tak , berapa umur -.- pastu tiok makcik tu korek korek handbag , dah berbunga dah hati . dapat jugeeeee duit raya :D

besar betul : dapat ke tak dapat belakang kira . raya pun sekadar sambut gitu gitu je . kau nak bagi , aku hambik , tak nak bagi , ADA AKU KISAHH



bagi AM , jumpa kawan kawan sekolah . jalan raya sama sama lagi best sebenarnya . its not about duit raya but its about getting together . you forgive people , you greet people , you treat them nicely , they treat you nicely . that all matters actually .

and and and bila balik asrama . masing masing bawak kuih raya kan kan ? kau jgn nak tipu lah . mesti ada . sama lah mcm AM , rendang , kuah kacang , nasik himpit , semuaaa AM bawak balik asrama ! bertingkat2 tupperware ! mak pesan , BAWAK BALIK TUPPERWARE , MAHAL TU ! semua mak macam tu , aku yakin dan pasti . sangat yakin . tiada yg perlu disangkal .


kecil kecik , kita dapat duit raya , mak ayah bawak kita balik kg , kita merugut bosan bla bla bla .
besar besar , kita bagi duit raya , kita bawak anak anak kita balik kg , anak anak merungut bosan bla bla bla .
tua tua , kita dapat duit raya balik , kita duduk rumah tggu anak cucu datang , bila mereka semua balik rumah masing2 , kita merungut bosan bla bla bla .

thats what i say kitaran Aidilfitri (:

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri dari Aneff Marhfiz dan anak-anak .


saya ,
MUHAMMAD ANEFF @ ANEFF MARHFIZ

ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepad semua pembaca blog AM dari seantero dunia ! -.-

maafkan AM andai kata ada
tersalah kata
terlanjur bicara
terpakai
termakan
terminum

MOHON AMPUN DARI HOJONG RAMBUT
SAMPAI HOJONG KAKI 
( ^_^ )

semoga kalian berbahagia di pagi Syawal yang indah !
yea dah Raya !
dapat duit raya boleh beli BlackBerry Torch ! :O

Sunday, August 21, 2011

Buluh Perindu

hai .

okay sementara AM dok tengok peserta-peserta yang join contest AM tu , apa lah salah kalau AM update satu dua entri ye tak ?
AM nak update pasal Buluh Perindu . kau tahu tak Buluh Perindu ? tahu ? Meriam Buluh tahu ?

kan biasa kalau orang-orang yang suara sedap meletup lunak merdu mcm Selindion tu kan , biasa tak dengar orang cakap

"waaa suara dia merdu laaa , macam buluh perindu ... "

haaa pernah kan ? ah kau tak payah lah nak tipu cakap tak pernah dengar lak .
kalau kau pernah dengar , tahu tak apa tu buluh perindu ? pernah lihat ? rasa ? sentuh ? jilat ?

baiklah , Buluh Perindu ini acap kali dikaitkan dengan suara merdu , inginkan cinta cara halus dan sebagainya . Buluh Perindu banyak dijual di pasar terutama di waktu pagi kerana kadar suhu dan kelembapan pada waktu pagi mampu meransang kualiti Buluh Perindu itu . okay tipu saje .

yang ni serius .
Buluh Perindu boleh didapati dari sarang burung Elang dan biasanya hanya ada 5 ke 8 batang Buluh Perindu saja dalam setiap sarang . cepat cepat sementara stok masih ada ya .

okay AM nak letak gamba Burung Elang , tapi konfius sbb AM google image Burung Elang , tp keluar semua gambar Burung Helang -.-
someone , betul ke apa yang AM pelajari selama ni ? Helang atau Elang ? =..=

tadaaa ~ burung elang -.-





seterusnya ialah gambar Buluh Perindu yang seram .



mesti kau cakap :
"oooo macam ni rupanya buluh perindu"
tak payah nak tipu laaa kalau kau tak cakap .. 
bulu ketiak sama hitam hokay ! -.-

so , setakat ini saja entri pasal buluh perindu . klik SINI , SINI dan SINI untuk info lebih lanjut , terperinci , jelas lagi terperinci . eh ?

p/s - is it Buluh or Bulu ? kalau Buluh , mana datang Buluh kat sarang burung lak =..=
pp/s - kawan AM pernah cakap , kalau nak guna Buluh Perindu ni , selit je kat gigi . nanti suara jadi sedap . lagi satu , Buluh Perindu ni akan menggelitis (bergerak secara gedik) bila basah sahaja !

Wednesday, August 3, 2011

takut lipas itu normal .

sedar tak sedar esok dah raya dah hari ketiga kita puasa kan Senah ? so , untuk hari ketiga puasa ni AM nak buat satu entry extravaganza pasal satu binatang yang geli , penyek dan laju -.-

sedapnye bau mak masak #tetiba

okay back to the topic . takut lipas tu normal betul tak betul ? AM akui yang AM takut lipas ! ada masalah ? and can u imagine i was like doraemon-nampak-tikus bila AM nampak lipas . tak macho ? ahh ada aku kisah . lebih baik kau kisah macam mana binatang tu boleh muncul . sebab tempat kau tak bersih ! #emosyenel

ahh AM dah start menggelitis dah terbayang bende kecik tu . maigaddd dengan sungut dia . eh ? sesungut ? apa nama yang depan hidung dia tu ? okay dengan misai dia yg panjang pastu gerak-gerak . oh Tuhanku !! and one more , dia boleh turbang !

AM tiok kawan AM bila dia tolong shuhhh (halau) bende tu . jangan harap laa AM nak shuhhh . macam mana laa dia buleh amik misai lipas tu , dengan binatang tu gerak gerak . maigadddd ! gedik ? ahh ada aku kisah .




kau ingat aku nak post gambar lipas betul ? jangan harap .
kenapa aku rasa lipas atas ni mcm ninja turtle eh ? =..=


BENDA INI MENGIGIT . sakit tau tak ! (walaupun tak pernah kena ) tapi bila kawan AM dengan konfiden dan gigihnya cerita yang dia pernah kene gigit lipas , secara manual-nye AM dapat rasakan kesakitannya jua !

kalau lipas ni memudaratkan awak , awak dan awak .. so , dibolehkan untuk membunuh beliau dengan cara tidak menyeksa :)
macam tu jugak dengan sembelih , gunakan pisau yang tajam ya anak-anak .

jangan laa kau amik sesungut dia pastu ikat kat depan kipas pastu biar dia terbang-terbang . euwww




Monday, August 1, 2011

Ramadhan Di Perantauan :)

Assalamualaikum ^^,

Sedar tak sedar dah masuk bulan puasa kan ? kejap je rasa , Al-Fatihah kepada Aleesya Farhana #tetiba
okay entry kali ni AM nak cite pasal Ramadhan Di Perantauan . haa jangan terkejut pulak ya . AM pernah menginap di sebuah tempat yang boleh laaa dikalsijadi .. eh ? klasifiki kan ? klafisikasi ? eh ? what is that word ? KLASIFIKASI ? is that right ? ah whatever . boleh laaa di-susah-nak-eja-kan sebagai perantauan :)


pernah tak korang bukak puasa sorang-sorang ? dalam rumah yang agak menyeramkan ? bukak puasa dengan nasik goreng je ? pekan jauh sesudah krismas baru sampai ? tiada kemudahan kenderaan ?

all those are just a bunch of BS ! haaa gituuu kan !



okay laa .. sebenarnya takdela teruk mana pun keadaan masa kat perantauan tu . ada sekali tu AM bukak puasa dengan nasik goreng je . masak sendiri guna rencah maggie penambah perisa tu tau ! air bancuh sendiri . air anggur ke oren ntah masa tu .
housemate AM awal-awal dah keluar dengan pasangan masing-masing . AM je takde pasangan , kalau tak mesti buka puasa makan chopstick . eh ? chicken chop ..

itu satu . lagi satu kira mcm advance sikit laa . bukak makan nasik ayam ngan air strawberi F&N tu . itu pun seawal EMPAT PETANG , housemate AM tumpangkan AM pegi beli nasik ayam kat bazaar . 4 petang  =.= so 3 jam sebelum buka tu AM melangok jela depan nasik ayam tu .

all i want to say is ; tak kira laa bukak puasa dengan nasik goreng perencah maggie ke , chopstick ke , ape ke .. yang penting ... ada :) well , something is better than nothing kann ..

lagi satu , perantauan yang AM maksudkn tu takdelah perantauan mana pun .. Dungun , Terengganu je . 9 jam perjalanan dari Melaka okay ! keras pungkok ! semua tu memang pengalaman yang sangat berharga buat diri AM .
selama AM kat sana , AM SEKALI PUN TAK PERNAH MAKAN KEROPOK LEKOR ORIGINAL TERENGGANU . T_T


p/s - rindu bila balik naik bas , dengar lagu Raya ~ syahduuuu ~

Friday, July 29, 2011

You tell me , can ah ?


see the picture don't you ? :p

# nak pasang langsir lagi
# pelita
# ohh cat lagi !
# itu
# ini

HARAP-HARAP PARA PEMBACA DAPAT BERI SEMANGAT PADA AM UNTUK TERUS BERBLOGGING YA ! 

p/s - apa pendapat kamu kamu tentang perubahan blog AM ?

Sunday, July 24, 2011

1 Malaysia 1 Tapai !

Happy Sunday everyone :)

Okay buat pertama kali sepanjang cuti 4 bulan ni , AM ditugaskan oleh parents AM untuk bawa diorg pegi rumah orang kawen . Rumah orang kawen ni merupakan abang kepada bff mak AM . haa mak AM pun ade bff tau . mak kau ?

to make it short , masa AM tengah makan tu .. depan AM ada la group Chinese , dah tua pun . kalau amoi ke boleh la cuci mata jugak . Diorg sakan borak ntah apa yang diorg tggu AM pun tak tau tapi yang pasti diorg dah habis makan la sebab ada orang tanya dah makan ke belum pastu salah sorang Cina tu jawab dah makan . panjangnye =.=

nak dijadikan cerita , salah sorang Cina tu offer tapai pada member dia . member ke akak ke adik ntah la . sepesen je AM tengok . Pastu member dia tu geleng-geleng sambil mulut dia terkumat-kamit pe bende ntah . Punya la gigih Cina tu suruh member dia try tapai tu . Member dia pulak buat muka euww . Tau muka euww ? Haa dia buat muka euww tapi Cina yang offer tapai tu punya feel makan tapai tu . meleleh-leleh air tapai :O

AM tak tau laa tapi AM rasa tu first time kot dia rasa tapai . sedap la tu , tu yang muka feel gile . sayang AM tak bawak kamera , kalau tak dah snap dah gambar muka dia yang feel tu .





yang hijau ni tapai , yang hitam tu kicap .

p/s - Cina pun boleh makan tapai apa :)

Thursday, July 21, 2011

kenangan sekolah ... [ part II ]

Salam ^^,
masih ingatkah anda , anda dan anda dengan entry yang INI ? tak baca lagi ? KLIK LAH !
haaa jadi untuk entry yang ini , AM akan membuat penyambungan entry =.='

uncles , aunties , brothers , sisters , faggots .. mari baca part II ! ^^,

____________________________________________________________________


kenangan darjah 4 

kenangan yang AM paling ingat masa standard 4 ....
masa tu AM kene panggil dengan cikgu untuk tolong2 kat library ,
pastu AM pun dengan senang hati la pegi .. tapi cikgu tu ckp lepas rehat masuk kelas balik ..
dengan konfiden dan gagah , AM terus lepak library ..
padehal kerja kat library sume dah siap .
senang cite , AM ponteng kelas matematik !
esoknya .. "SIAPA YANG DUDUK LIBRARY MASA KELAS SAYA SEMALAM ?"
yeahhh ! dah kantoi !
hukumannya : PENAMPAR DI MUKA + ROTAN DI BETIS di depan pelajar lain 
hayunan 180 darjah okayy !!
dan sangat sakit  . sangat =.=

___________________________________________________________________


kenangan darjah 5

 oh ! terrible !
ada sorang mamat gile ni sentiasa tak puas hati dengan AM !
OMG kami hampir bertumbuk ya di belakang sekolah sambil tunggu bas datang .
dia yang carik pasal !
baiklah , ceritanya begini ... AM sedang bersantai di bawah pokok .. panas kannn :|
so , tiba-tiba beliau datang . usik-usik telinga AM . 
eh budak ni .. kau suka , kau cakap !
pastu AM bangun laa , dia da dabik-dabik dada . alahaii tak padan dengan ketot .
AM menuju ke arahnya dan dia menolak badan AM !
tapi control macho , tak jatuh beb ! still standing wa cakap lu .
okay , AM dah tak tahan marah .. tiba-tiba ada bunyi hon kereta .
oh ! kakak AM datang jemput ! so , bye-bye mamat gile .
padehal dalam hati lega gile ! =.=

_________________________________________________________________
 
 
kenangan darjah 6

susah kann kalau dapat satu kelas dengan pelajar-pelajar harapan sekolah =.=
AM ingat lagi AM kene panggil dengan GPK Hem
sebab salah buat latihan matematik pecahan . WTF ?
dan dan ... kene panggil dengan Guru Besar sebab dah fail subjek Sains 4 KALI BERTURUT !
dahsat sungguh AM , kan ? =..=
dalam kelas AM ada 6 kumpulan tau .. agak-agak AM dalam kumpulan mana ?
okay fine .. kumpulan 6 .
ohh kelas saya menang Choral Speaking no 3 peringkat negeri !
HAHA at least ada la jugak AM berbakti pada kelas harapan sekolah ni (--')
_____________________________________________________________________



p/s - at last , AM dapat 4A 1B untuk UPSR .. haha korang tau2 la B tu ape .. dah fail smpi 4 kali =.= 


  spot me ! HAHA .



Tuesday, July 12, 2011

kenangan sekolah ... [ part I ]

Salam ^^,

AM tiba-tiba nak post pasal kenangan masa AM ada kat sekolah rendah dulu :) AM nak tulis kenangan yang paling AM ingat masa setiap tahun ..
tapi entry ni .. AM nak cerita darjah 1 sampai darjah 3 dulu ^^,


kenangan darjah 1 :

 AM beratur kat perhimpunan , AM paling kecik ... so , beratur depan sekali laa . 
AM khusyuk tengok apa bende ntah , sampaikan budak2 kelas AM sume dah beratur ke belakang sikit , 
tapi AM still tercongok kat depan . AM tak perasan sampai laa ada seseorang 
MENEPUK muka AM dengan kuat sekali ! sangat kuat ! MENEPUK ya ! 
sampai sekarang AM tak tau siapa dia , dan motip dia tepuk muka AM =.=
sape yang tepuk tu mmg cilake la .. sakit kot !

______________________________________________________________________


kenangan darjah 2 :


- ada satu malam tu , AM tertido awal .. so , mak AM dah kemaskan buku AM
masuk dalam beg sekolah yang tarik tarik ada roda tu .. ko ade ?
so , nak dijadikan cerita .. mak AM tersilap susun . Buku Pendidikan Islam tertinggal kat rumah ...
bila tiba waktu Pendidikan Islam tu , ustazah tak masuk tapi cikgu ganti ..
tapi ustazah dah siapkan nota laa suruh salin . dia nmpk AM salin atas kertas dia datang laa kat AM .
ntah ape jin yang merasuk cikgu tu ntah , dia pergi selongkar beg tarik tarik AM tu ,
dia keluarkn semua buku pastu dia campak beg AM ke belakang kelas . AM rasa time tu dia tgh gado ngan laki dia agaknye ...
aku yg jadik mangsa . dah la beg tarik tarik aku kene campak .. sian tauu :(

____________________________________________________________________


kenangan darjah 3 :

kenangan yang paling AM ingat ialah bila AM jadi rebutan antara 2 gadis .. *blushing*
AM duduk dengan seorang budak perempuan yang minat AM tu .. 
sekali tiba-tiba perempuan lagi satu yang minat AM tu , bangun , hempas buku , dia datang pada AM 
pastu dia tolak kerusi AM tengah duduk tu sampaikan peha AM macam tersepit halus ... 
AM pegi toilet , merah kot ! nasib baik tak darah .. 
alahai perempuan ... kau suka , kau cakap ..! haa kan dah terkeluar nama blog aku ..




**********************************

jadi , sampai di sini dulu ...
kalau buat sampai darjah 6 kang , takut bosan pule ^^,
jumpe di part II !

***********************************