Saturday, April 7, 2018

Book Review - Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by Teme Abdullah


           

Dah lama tak menulis. Posting terakhir aku dalam blog ni, setahun lepas. Entah apa yang dah berubah sejak setahun lepas, aku sendiri tak pasti.

Dah lama tak menulis, dan tak pernah review buku rujukan. Sebelum ni, kesemua buku yang aku review adalah berbentuk fiction. Mungkin ada lah juga dari beberapa sudut kedua-dua ini dikatakan fiction - tapi aku lagi suka label buku ni sebagai buku rujukan.

Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan.

*disarankan agar baca PJ dulu, kemudian AJ (bukan Ayda Jebat)*

Sebagai seorang yang gemarkan lukisan, pernah hasilkan posting dalam bentuk lukisan, pernah menambah subjek Pendidikan Seni masa SPM, aku tertarik. Asalnya, aku hanya tertarik dengan lukisan-lukisan yang Teme share dalam Instagram dia. Akhirnya, aku beli juga buku oleh tuan badan yang sama.

Kedua-dua buku ni hebat. Proses dia mematangkan, buat orang berfikir dan debatable.

Aku tak pasti kenapa buku ni macam di-rush-kan oleh Teme untuk disiapkan masa dia tengah study - atau lagi tepat - masa dia tengah study architecture tahun akhir. God knows how rough a final year architecture student journey could be. Tapi, dia bersungguh juga siapkan dan Teme buktikan yang dia boleh siapkan juga anyway regardless all the pressure.

Sebagai buku yang aku labelkan sebagai buku rujukan dan ditulis berdasarkan pengalaman sendiri, tak banyak perkara boleh argue. Ada, tapi tak banyak. Apa yang aku argue, aku dah buat footnote dalam buku tu. Biarlah kekal dalam buku tu.

Watak yang tak pack memudahkan pembacaan. Cumanya, aku mengharapkan Teme ada cerita sikit pengalaman dia berpuasa dan berhari raya di sana, bersama Ahmad dan 'situasi' dirinya.

All in all, based on the books and the stories inside, Teme merupakan seorang survivor. He knows what he wants, he knows that to do. And I like when he mentioned about second chance towards the ending of Arkitek Jalanan.

Be kind always, Teme Abdullah.